Kerjaya Tabitha Brown

Sebelum memutuskan untuk menjadi persona media sosial, Brown meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan. Beliau 'dipaksa' oleh industri untuk menutupi dialek selatannya dan memanjangkan dan meluruskan rambutnya. Brown berpendapat bahawa mungkin itulah yang dikehendaki oleh Hollywood. Beliau selalu berfikir bahawa kesakitan dan kemurungan kroniknya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh tekanan ini.[6]

Pada 2020, Brown menandatangani kontrak dengan Creative Arts Agency untuk memiliki tayangan sendiri yang mengangkat kehidupan sehariannya, sesuatu yang telah diimpikannya sejak lama.[4] Sepanjang pandemk COVID-19, Brown mula diminati oleh remaja dan kaum dewasa muda. Video-video yang ia diumatnaik dianggap mampu memberikan ketenangan dan mengurangkan masalah yang dialami oleh setiap orang sepanjang pandemk.[7]